Saturday, November 30, 2013

Mula tersebar sekitar bulan puasa baru-baru ni. Tersebar di Facebook. Actually aku kenal brader ni, Sham @ Ise, org Kelate, bekas pemuzik (pernah bermain dram untuk kumpulan Positif sekitar awal 90an). Kenal sebagai rakan FB je la. Tapi cover lagu raya ni memang hebat. Double thumbs up!

Sunday, April 7, 2013

SURAT INTERVIEW & TIKET BAS YANG TOUCHING.


Dah 3 tahun 4 bulan x update blog. Bukak pun jarang2. Kali terakhir bukak pun awal tahun lepas, sebab nak update design header yang baru je. haha. Sebenarnya punca utama x update = dulu masa tgh aktif tulis blog, rumah pada masa tu ada kemudahan internet. Lepas tu pindah rumah lain, xde internet. Dah duduk setahun lebih, baru pasang unifi. Tu pun masih x berasa nak update lagi, malas gile. Idea banyak, tapi MALAS. :p


Baru2 ni aku kemas harta benda yang menimbun2, terjumpa surat panggilan interview diploma UiTM dulu. Tengok2 tarikhnya 8/4/2003, dah 10 tahun rupanya usia surat ni. Fuh. Terus dapat idea nak tulis blog (tapi mungkin x menarik isinya bagi sesetengah orang. Tapi peduli hape aku. hehe.)



Yang ni pulak tiket bas untuk perjalanan balik ke Kelantan selepas interview tu. Macam mana boleh x perasan, aku duk bawak benda alah ni ke hulu ke hilir, dari zaman diploma, degree sampai time dah kerja..dan tiket ni masih ada! Tersimpan dengan rapinya dalam bekas pensilku.

Ceritanya begini. Kisahnya biasa2 saja, tapi meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidupku. Yang mengubah aku sehingga jadi macam sekarang.

April 2003 -
Masa ni aku baru habis sekolah. Dah keluar result SPM (yang cukup2 makan). Seperti kawan2 lain yang sibuk duk isi borang nak masuk U, politeknik, kolej komuniti dan lain-lain, aku pun x terkecuali. Bezanya di antara mereka yang tercari-cari course yang seiring dengan minat mereka, aku x fikir panjang. Dah bulat tekad nak ambik course Art & Design yang ditawarkan UiTM. Maklumlah masa sekolah terpaksa belajar subjek yang x diminati..sengsara gile. Subjek seni pun xde dalam aliran kelas aku masa tu (Sains Sosial kut? Tapi ada belajar akaun), so aku daftar subjek pendidikan seni dalam SPM, kiranya tambah 1 subjek lagi. Yang ni aku belajar sendiri je. Siap beli buku siri penguat memori yang kecik & comel tu.

Dipendekkan cerita, aku pun hantar borang UPU tu dengan penuh harapan. Pada masa yang sama aku diterima masuk Form 6 (serius masa ni langsung x tahu @ pasti dengan masa depan, main ikut orang je). Orang lain masuk, aku pun masuk gak. hehe. Yang bestnya masa Form 6 ni dibenarkan pakai seluar hitam & kasut hitam, so berbeza la sikit dari zaman SPM dulu. Dan yang paling best, sekolah tu ada aliran Seni Visual gak, & x perlu belajar Math, Sains, Akaun dan segala jenis subjek2 yang aku cukup menyampah & stress nak belajar. Yang ada cuma BM, Pengajian Am, MUET, Seni Visual & Sejarah. Kalau x silap la.


Maka bermulalah minggu orientasi Form 6, 1st day hari Ahad. Semangat betul kembali ke sekolah dengan seluar hitam & kasut hitam. Masa balik sekolah, mak tunjuk surat ujian melukis & interview daripada UiTM untuk program Diploma Seni Lukis & Senireka (seperti dalam gambar) kat aku. Excited gile + berdebar-debar beb. Hari interviewnya pada 8/4/2003 (Selasa) bertempat di UiTM Shah Alam. Adoi..sangat dekat. Kebetulan kakak aku nak pergi ke Penang malam tu, mak suruh aku join dia pergi Penang dulu & esok harinya terus ke Shah Alam setelah selesai urusan kakak di Penang. Jadi petang tu aku pun mintak tolong kawan sampaikan surat cuti selama 3 hari dalam minggu orientasi Form 6, bermula keesokan harinya.

Malam tu naik bas, esok sampai Penang dengan kakak. Aku merempat kejap kat dalam USM (kakak ada urusan kat sana), dah settle semua, cari tiket bas ke Shah Alam dan malam tu jugak bertolak ke sana. Bakal menumpang di rumah seorang sepupu (dah berpulang ke rahmatullah pada 2011 - Al-Fatihah). Sampai kat sana awal pagi, sepupu jemput & bawak ke rumah dia. Dia juga yang tolong hantarkan aku & kakak ke UiTM untuk sesi interview pukul 11.oo pagi tu.

Kami sampai kat sana agak awal juga seingat aku. Bila masuk dalam UiTM, dan seterusnya ke Fakulti Seni Lukis & Senireka, aku dah excited & berangan sakan. Tambah2 lagi tengok student2 kat sana pergi kelas dengan dressing bebas, xde la pakai uniform sekolah. Kami pergi makan dulu kat kafetaria fakulti. Kat sana arwah sepupu aku terjumpa dengan seorang kawan lama dia, lecturer grafik (Puan Jamizan, masa tu tengah buat Ph.D) Sembang2 dengan dia, masa tu dapat la sikit pencerahan tentang course Art & Design ni. Sikit pun x sangka bahawa Puan Jamizan tu jugak yang bakal interview aku sekejap lagi. Adeii...

Lepas tu aku menempuh sesi live drawing. Diorang letak setting kat tengah-tengah - ada kotak-kotak dan pelepah kelapa. Ada meja-meja diletakkan kat sekeliling setting tu. Kami dikehendaki melukis setting dalam masa yang ditetapkan. Settle sesi drawing, maka bermulalah sesi yang mendebarkan - TEMUDUGA. Sorang2 dipanggil ke meja interview dalam auditorium fakulti tu. Kat setiap meja ada 2 orang lecturer. Memang x expect langsung, Puan Jamizan tu jugak yang interview aku (memang kebetulan ke @ dirancang? Wallahualam.) Dia & seorang lagi lecturer lelaki tanya macam-macam soalan. Masa tu lah berlaku beberapa saat-saat hampeh, yang buat aku tersenyum sorang2 bila diingat balik:

 -  Bila ditanya "apakah basic color?" boleh pulak aku jawab "merah, biru & hijau". Memang terang2 salah & memalukan, maklum la benda basic. Hehe. Aku belajar seni ni self-taught je pun. Yang sebenarnya merah, biru & kuning.

 -  Lupa bawak portfolio @ hasil kerja seni. Padahal dalam surat dah mention pun. (Apasal la bangang sangat aku masa tu...) Lecturer tu cakap adalah portfolio tu sangat penting dalam nak menentukan kebolehan & sama ada layak atau tidak seseorang tu diterima, so kalau aku x bawak...maka peluang pun tipis la. Kalau pun buruk ke xpe lagi, ni x bawak terus. hehe. Masih ingat lagi ayat mereka,"...rugilah..awak datang dari jauh..penat2 datang interview...kalau x dapat masuk...kesian kat awak" dengan wajah 'simpati'. Dalam hati aku kata, xpa la kalau x dapat pun, saya dah masuk Form 6 pun. Aliran art jugak. Sama je. :p

Setelah tamat sesi yang memenatkan tu, aku pun balik tanpa menaruh harapan yang tinggi untuk diterima. Dalam hati dah rasa nak stay belajar Form 6 je. Malam tu pun aku & kakak pulang ke kampung, keesokan harinya aku masih cuti lagi, so lepak2 je rumah.

Dah sebulan lebih berlalu, aku semakin selesa dengan Form 6. Langsung x harap dah dapat masuk diploma, alih-alih sampai pulak surat offer yang mengatakan aku diterima masuk. Daftarnya pada 1/6/2003, di UiTM kampus Machang, dekatlah sikit dengan rumah aku kat KB tu. Mulalah pemikiran bercabang, nak terima ke tidak.... Masa tu kawan-kawan duk cakap lebih baik sambung Form 6, ambik STPM, terus dapat sambung ijazah. Kalau ambik diploma, nak sambung ijazah susah, kata mereka. Loan PTPTN pun x la banyak sangat. Tapi last-last aku pun terima la jugak. Dan selepas tu aku dapati kebanyakan cakap-cakap itu x benar pun. Orang yang CGPA diploma rendah pun senang-senang boleh sambung degree. Pendedahan tentang art pun boleh didapati dengan lebih awal. Maka mendaftarlah aku pada tarikh tersebut dan bergelumang dengan dunia seni visual yang penuh pahit manis selama 5 tahun sebelum bekerja dalam bidang yang sama sehingga sekarang..cewahh.

Kesimpulannya...itulah...follow your instinct. Don't care what the others say. Hahaaa.. :)