Tuesday, September 15, 2009

Penulisan terakhir sebelum berambus...



Hah! Siap dlm masa 2 hari......
Hasil seni kat atas nih tercipta dari rontaan jiwa seseorang yg terlalu banyak idea & cenderung plak utk meluahkannya semua sekali...dlm masa yg singkat & dlm 1 ruang yg terhad. Fuhh...payah tuh.

Apa pun, aku rasa puas kerana dapat meneruskan kesinambungan kad raya versi siber cam tahun lepas. Yang nih, aku rasa lebih baik lagi...walaupun x begitu memuaskan hati sgt. (Cam yg telah disebut terdahulu.....abis segala ketupat, pelita, masjid, budak2 berbaju raya, bla bla bla nak disumbat dlm space sebesar A4 nih. Tapi last2 aku terfikir yg semua tuh hanya akan menyemakkan mata memandang jer. So, fokus pada seorang jejaka (aku la tuh) yg berhempas pulas membawa ketupat saiz gergasi (tipu!), tekstur tanah sebenar, gambo masjid yg ditambah efek sebagai background, & elemen2 taipografi ber'mood'kan stail Arab.

Walaupun aku melukis muka sendiri, tapi tidak dpt tidak ada jugak ciri2 yg sengaja ditambah walaupun x pernah pun aku lakukan:

Songkok: Rasanye dah berkurun aku x pakai songkok time raya...
Kain samping: Sama kes dgn songkok....pun dah lama gak x pakai..
Rambut: Owh itu memang fesyen rambut aku TAPI sebelum pegi interview SPA, awal bulan nih....(terima kasih kpd pihak SPA kerana membuatkan diri ini kelihatan formal buat setengah hari!)
Ketupat: Terang2 imaginasi...mana de sebesar tuh? Larat ke nak habiskan...?

Oh ya, menyentuh tentang tajuk...sebenarnya aku bakal meninggalkan bumi Shah Alam ini pada pagi esok..........utk berhari raya bersama family di P2-Gank tercinta..heheh. Sekaligus aku juga menjadi staf Cerdik Publications yg paling awal bercuti...(alasan: dapat tiket bas awal2 jer) dikala staf2 lain masih sibuk bekerja. Xpe, kampung aku jauh. heheh.

Selamat hari raya. & maaf zahir batin.



Thursday, September 10, 2009

Berkarya dalam dugaan

Salam Ramadhan.

Kalau dah jadi orang seni nih, x senang duduk la kalau dah lama x buat sesuatu yg kreatif, menarik & berseni. Tambah2 lagi kalau terpandang artwork2 yg comel2, mantap bersari di mana2, huh... tercabar pulak rasanya NAK BUAT MACAM TU jugak. Tapi kadang2 terasa profesion (?) yg aku miliki sekarang x berapa menggalakkan penghasilan artwork2 yg kreatif, yg boleh membuatkan aku berpuas hati dengannya (macam zaman study). Terlalu banyak kekangan & protokol yg harus dipatuhi.

So, bila baru2 nih Cik Lan selaku Senior Illustrator (betul ke jawatan dia nih??) request aku untuk buat kad raya dari staf2 department, maka aku pun terima dgn senang hati. Bercampur rasa cuak kalau2 terlambat deadline....biasa la aku nih mudah dihasut oleh godaan2 tertentu. hehe. Sebenarnya tiap2 tahun dept. aku, iaitu Design Dept. akan produce kad raya berserta ilustrasi staf2 utk diedarkan kepada big boss, boss2 kecik, dept. lain, sahabat handai..bla bla bla. Ilustrasi tu pula akan dilukis oleh staf2 dept. sendiri, terpulang la pada siapa2 yg sanggup. Tahun lepas, Cik Lan yg lukis...dgn gaya potret yg realis. Tahun nih pulak, dapat kat aku, so stail karikatur la jadi pilihan nampaknya. (Sebenarnya aku malas lukis real2. Serius.)





Di atas nih adalah final result...usahasama antara aku dengan Tamize, designer. Si Tamize nih cuma sentuh bab2 designing jer..memulanya terfikir jugak nak buat sekali dengan layout2nya, tetapi memandangkan beliau lebih pakar dlm hal2 tu, maka aku serahkan kat dia jer. Senang sikit kerja aku. heh. Kalernya dlm grayscale jer....nak menjimatkan ink opis la, mengikut kata2 pihak tertentu.(",)

Memula sekali aku dapatkan gambar2 setiap staf, kumpul2, kemudian barulah aku meneruskan proses meniru balik wajah2 diorang dalam versi karikatur di atas sekeping kertas A3. Agak susah time starting...memandangkan dah lama aku nih x melukis secara serius. Tangan dah keras sikit. Cis. Ada sesetengah muka staf yg senang nak ditackle, ada jugak yg susah, & ada jugak yg dihasilkan dgn cara 'alternatif' yg x perlu la didedahkan di sini.heheh. Maka setelah berhempas pulas (konon) selama 2,3 hari, siaplah sebuah artwork...yg x seberapa. Personally aku mmg x pernah puas hati pun dengan artwork2 sebelum2 nih, tapi mana la ada benda perfect kan...kalau siapa2 yg rasa muka diorang x dapat dicam tu, mintak maap la ye..ambo nih bukan pro pun..... Muka aku sendiri tu pun rasanya x 100% sama. (yg belakang sekali tu, belah kanan..)

So macam tu lah. Nampaknya aku kena praktis lebih2 lagi. Jangan jadikan kerja banyak sebagai alasan untuk tidak meng'improve'kan diri >> Nasihat untuk diri sendiriiiiiiii......................

Selamat berpuasa & selamat hari raya. Chow.