Tuesday, September 15, 2009

Penulisan terakhir sebelum berambus...



Hah! Siap dlm masa 2 hari......
Hasil seni kat atas nih tercipta dari rontaan jiwa seseorang yg terlalu banyak idea & cenderung plak utk meluahkannya semua sekali...dlm masa yg singkat & dlm 1 ruang yg terhad. Fuhh...payah tuh.

Apa pun, aku rasa puas kerana dapat meneruskan kesinambungan kad raya versi siber cam tahun lepas. Yang nih, aku rasa lebih baik lagi...walaupun x begitu memuaskan hati sgt. (Cam yg telah disebut terdahulu.....abis segala ketupat, pelita, masjid, budak2 berbaju raya, bla bla bla nak disumbat dlm space sebesar A4 nih. Tapi last2 aku terfikir yg semua tuh hanya akan menyemakkan mata memandang jer. So, fokus pada seorang jejaka (aku la tuh) yg berhempas pulas membawa ketupat saiz gergasi (tipu!), tekstur tanah sebenar, gambo masjid yg ditambah efek sebagai background, & elemen2 taipografi ber'mood'kan stail Arab.

Walaupun aku melukis muka sendiri, tapi tidak dpt tidak ada jugak ciri2 yg sengaja ditambah walaupun x pernah pun aku lakukan:

Songkok: Rasanye dah berkurun aku x pakai songkok time raya...
Kain samping: Sama kes dgn songkok....pun dah lama gak x pakai..
Rambut: Owh itu memang fesyen rambut aku TAPI sebelum pegi interview SPA, awal bulan nih....(terima kasih kpd pihak SPA kerana membuatkan diri ini kelihatan formal buat setengah hari!)
Ketupat: Terang2 imaginasi...mana de sebesar tuh? Larat ke nak habiskan...?

Oh ya, menyentuh tentang tajuk...sebenarnya aku bakal meninggalkan bumi Shah Alam ini pada pagi esok..........utk berhari raya bersama family di P2-Gank tercinta..heheh. Sekaligus aku juga menjadi staf Cerdik Publications yg paling awal bercuti...(alasan: dapat tiket bas awal2 jer) dikala staf2 lain masih sibuk bekerja. Xpe, kampung aku jauh. heheh.

Selamat hari raya. & maaf zahir batin.



2 comments: