Saturday, November 30, 2013

Mula tersebar sekitar bulan puasa baru-baru ni. Tersebar di Facebook. Actually aku kenal brader ni, Sham @ Ise, org Kelate, bekas pemuzik (pernah bermain dram untuk kumpulan Positif sekitar awal 90an). Kenal sebagai rakan FB je la. Tapi cover lagu raya ni memang hebat. Double thumbs up!

Sunday, April 7, 2013

SURAT INTERVIEW & TIKET BAS YANG TOUCHING.


Dah 3 tahun 4 bulan x update blog. Bukak pun jarang2. Kali terakhir bukak pun awal tahun lepas, sebab nak update design header yang baru je. haha. Sebenarnya punca utama x update = dulu masa tgh aktif tulis blog, rumah pada masa tu ada kemudahan internet. Lepas tu pindah rumah lain, xde internet. Dah duduk setahun lebih, baru pasang unifi. Tu pun masih x berasa nak update lagi, malas gile. Idea banyak, tapi MALAS. :p


Baru2 ni aku kemas harta benda yang menimbun2, terjumpa surat panggilan interview diploma UiTM dulu. Tengok2 tarikhnya 8/4/2003, dah 10 tahun rupanya usia surat ni. Fuh. Terus dapat idea nak tulis blog (tapi mungkin x menarik isinya bagi sesetengah orang. Tapi peduli hape aku. hehe.)



Yang ni pulak tiket bas untuk perjalanan balik ke Kelantan selepas interview tu. Macam mana boleh x perasan, aku duk bawak benda alah ni ke hulu ke hilir, dari zaman diploma, degree sampai time dah kerja..dan tiket ni masih ada! Tersimpan dengan rapinya dalam bekas pensilku.

Ceritanya begini. Kisahnya biasa2 saja, tapi meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidupku. Yang mengubah aku sehingga jadi macam sekarang.

April 2003 -
Masa ni aku baru habis sekolah. Dah keluar result SPM (yang cukup2 makan). Seperti kawan2 lain yang sibuk duk isi borang nak masuk U, politeknik, kolej komuniti dan lain-lain, aku pun x terkecuali. Bezanya di antara mereka yang tercari-cari course yang seiring dengan minat mereka, aku x fikir panjang. Dah bulat tekad nak ambik course Art & Design yang ditawarkan UiTM. Maklumlah masa sekolah terpaksa belajar subjek yang x diminati..sengsara gile. Subjek seni pun xde dalam aliran kelas aku masa tu (Sains Sosial kut? Tapi ada belajar akaun), so aku daftar subjek pendidikan seni dalam SPM, kiranya tambah 1 subjek lagi. Yang ni aku belajar sendiri je. Siap beli buku siri penguat memori yang kecik & comel tu.

Dipendekkan cerita, aku pun hantar borang UPU tu dengan penuh harapan. Pada masa yang sama aku diterima masuk Form 6 (serius masa ni langsung x tahu @ pasti dengan masa depan, main ikut orang je). Orang lain masuk, aku pun masuk gak. hehe. Yang bestnya masa Form 6 ni dibenarkan pakai seluar hitam & kasut hitam, so berbeza la sikit dari zaman SPM dulu. Dan yang paling best, sekolah tu ada aliran Seni Visual gak, & x perlu belajar Math, Sains, Akaun dan segala jenis subjek2 yang aku cukup menyampah & stress nak belajar. Yang ada cuma BM, Pengajian Am, MUET, Seni Visual & Sejarah. Kalau x silap la.


Maka bermulalah minggu orientasi Form 6, 1st day hari Ahad. Semangat betul kembali ke sekolah dengan seluar hitam & kasut hitam. Masa balik sekolah, mak tunjuk surat ujian melukis & interview daripada UiTM untuk program Diploma Seni Lukis & Senireka (seperti dalam gambar) kat aku. Excited gile + berdebar-debar beb. Hari interviewnya pada 8/4/2003 (Selasa) bertempat di UiTM Shah Alam. Adoi..sangat dekat. Kebetulan kakak aku nak pergi ke Penang malam tu, mak suruh aku join dia pergi Penang dulu & esok harinya terus ke Shah Alam setelah selesai urusan kakak di Penang. Jadi petang tu aku pun mintak tolong kawan sampaikan surat cuti selama 3 hari dalam minggu orientasi Form 6, bermula keesokan harinya.

Malam tu naik bas, esok sampai Penang dengan kakak. Aku merempat kejap kat dalam USM (kakak ada urusan kat sana), dah settle semua, cari tiket bas ke Shah Alam dan malam tu jugak bertolak ke sana. Bakal menumpang di rumah seorang sepupu (dah berpulang ke rahmatullah pada 2011 - Al-Fatihah). Sampai kat sana awal pagi, sepupu jemput & bawak ke rumah dia. Dia juga yang tolong hantarkan aku & kakak ke UiTM untuk sesi interview pukul 11.oo pagi tu.

Kami sampai kat sana agak awal juga seingat aku. Bila masuk dalam UiTM, dan seterusnya ke Fakulti Seni Lukis & Senireka, aku dah excited & berangan sakan. Tambah2 lagi tengok student2 kat sana pergi kelas dengan dressing bebas, xde la pakai uniform sekolah. Kami pergi makan dulu kat kafetaria fakulti. Kat sana arwah sepupu aku terjumpa dengan seorang kawan lama dia, lecturer grafik (Puan Jamizan, masa tu tengah buat Ph.D) Sembang2 dengan dia, masa tu dapat la sikit pencerahan tentang course Art & Design ni. Sikit pun x sangka bahawa Puan Jamizan tu jugak yang bakal interview aku sekejap lagi. Adeii...

Lepas tu aku menempuh sesi live drawing. Diorang letak setting kat tengah-tengah - ada kotak-kotak dan pelepah kelapa. Ada meja-meja diletakkan kat sekeliling setting tu. Kami dikehendaki melukis setting dalam masa yang ditetapkan. Settle sesi drawing, maka bermulalah sesi yang mendebarkan - TEMUDUGA. Sorang2 dipanggil ke meja interview dalam auditorium fakulti tu. Kat setiap meja ada 2 orang lecturer. Memang x expect langsung, Puan Jamizan tu jugak yang interview aku (memang kebetulan ke @ dirancang? Wallahualam.) Dia & seorang lagi lecturer lelaki tanya macam-macam soalan. Masa tu lah berlaku beberapa saat-saat hampeh, yang buat aku tersenyum sorang2 bila diingat balik:

 -  Bila ditanya "apakah basic color?" boleh pulak aku jawab "merah, biru & hijau". Memang terang2 salah & memalukan, maklum la benda basic. Hehe. Aku belajar seni ni self-taught je pun. Yang sebenarnya merah, biru & kuning.

 -  Lupa bawak portfolio @ hasil kerja seni. Padahal dalam surat dah mention pun. (Apasal la bangang sangat aku masa tu...) Lecturer tu cakap adalah portfolio tu sangat penting dalam nak menentukan kebolehan & sama ada layak atau tidak seseorang tu diterima, so kalau aku x bawak...maka peluang pun tipis la. Kalau pun buruk ke xpe lagi, ni x bawak terus. hehe. Masih ingat lagi ayat mereka,"...rugilah..awak datang dari jauh..penat2 datang interview...kalau x dapat masuk...kesian kat awak" dengan wajah 'simpati'. Dalam hati aku kata, xpa la kalau x dapat pun, saya dah masuk Form 6 pun. Aliran art jugak. Sama je. :p

Setelah tamat sesi yang memenatkan tu, aku pun balik tanpa menaruh harapan yang tinggi untuk diterima. Dalam hati dah rasa nak stay belajar Form 6 je. Malam tu pun aku & kakak pulang ke kampung, keesokan harinya aku masih cuti lagi, so lepak2 je rumah.

Dah sebulan lebih berlalu, aku semakin selesa dengan Form 6. Langsung x harap dah dapat masuk diploma, alih-alih sampai pulak surat offer yang mengatakan aku diterima masuk. Daftarnya pada 1/6/2003, di UiTM kampus Machang, dekatlah sikit dengan rumah aku kat KB tu. Mulalah pemikiran bercabang, nak terima ke tidak.... Masa tu kawan-kawan duk cakap lebih baik sambung Form 6, ambik STPM, terus dapat sambung ijazah. Kalau ambik diploma, nak sambung ijazah susah, kata mereka. Loan PTPTN pun x la banyak sangat. Tapi last-last aku pun terima la jugak. Dan selepas tu aku dapati kebanyakan cakap-cakap itu x benar pun. Orang yang CGPA diploma rendah pun senang-senang boleh sambung degree. Pendedahan tentang art pun boleh didapati dengan lebih awal. Maka mendaftarlah aku pada tarikh tersebut dan bergelumang dengan dunia seni visual yang penuh pahit manis selama 5 tahun sebelum bekerja dalam bidang yang sama sehingga sekarang..cewahh.

Kesimpulannya...itulah...follow your instinct. Don't care what the others say. Hahaaa.. :)


Tuesday, December 22, 2009

Idea & Si Kambing Merah yg difemininkan..

IDEA.
Idea adalah buah fikiran, gagasan @ rancangan yg tersusun dlm fikiran; itu yg aku dapati setelah menggeledah website2 kamus utk mencari maksud IDEA (malas pulak nak mencapai kamus kat rak buku tu..teruk betul aku ni kan..). Aku bukan nak mengulas panjang mengenai idea, bukan juga nak menulis tesis pasal idea, tapi sekadar nak mengatakan bahawa idea tu ada di mana2.

Kalau time study dulu, lecturer aku cukup marah jika studentnya mengatakan x ada idea ketika presentation sketch, misalnya. Katanya, “idea tu sentiasa ada”. Bagi aku kata-katanya memang betul. Walaupun seburuk mana pun lakaran yg dihasilkan dlm buku sketch, ia tetap merupakan idea..Cuma terpulang la kepada kita utk memperbaikinya. Teringat 1 sesi dlm kelas drawing kitorang dulu, seorang lecturer menanyakan definisi ‘idea’ dari sudut pandangan masing2…dan bila sampai turn aku, dgn jujurnya aku menjawab,”idea tu anugerah”. Aku menjawab sedemikian kerana bagi aku idea itu sesuatu yg bernilai, dan x boleh dibeli di mana2 Tesco atau Giant. Yakin.

SI KAMBING MERAH YG DIFEMININKAN (?).
Aku jelaskan dulu, ‘si kambing merah’ merupakan nickname motosikal jenama Yamaha 100 Sport yg aku miliki nih. Menurut kata2 seorang sahabat, Udiey a.k.a Jogho, di kampungnya, ‘kambing’ merupakan gelaran utk jenis motor tersebut yg lazimnya berbunyi mengerang kerana x cukup pikap (macam kambing la kononnya). Entah la. Kat tempat aku xde pulak org panggil macam tu.



Nah, ni pulak IDEA aku yg terbaru. Terima kasih pada Adobe Photoshop, warna asalnya merah dah digantikan dgn warna pink + corak bunga2. Sebab tu ia dipanggil ‘si kambing merah yang difemininkan’. Hehe. Kadang2 teringin nak melihat rupa motor kesayangan jika ditukar warna (tanpa melibatkan kos yg banyak!). Tapi aku memang x akan tukar warnanya macam tu di alam realiti, melainkan aku ini adalah seorang awek. Menjatuhkan maruah aku jer… Apa2 pun, menghasilkan manipulasi foto sebegini sebenarnya melonjakkan lagi tahap penguasaan Photoshop…dan jugak memperkembangkan kreativiti.

So itu je lah aku nak mengarut di awal pagi ni. Moralnya, seseorang artis itu berhak meluahkan idea2nya dengan bebas & kreatif…asalkan jangan terbabas keluar dari hukum2 agama & nilai2 moral serta adab ketimuran.

Aku nak tidur dulu. Peace.

Saturday, October 10, 2009

Blog musim raya

Walaupun time aku menulis dah menjelang 22 Syawal, tapi mood raya masih & sangat terasa lagi. Almaklumlah, raya kan 1 bulan. Sebenarnya hari nih pun aku telah memenuhi 2 jemputan ke rumah terbuka member2....tolak 1 jer yg x dapat dipenuhi, iaitu ke rumah brader EJ, member seopis aku (sori EJ, sapa suruh ko x bagi peta rumah..haha)

Hari nih (Sabtu) cuti, tapi aku & Bob tetap ke opis kerana terpaksa OT cam biasa. Maksud 'terpaksa' tuh merujuk kpd utk membereskan keja2 yg x settle lagi, melambak2 lagi weh. Tapi selain itu aku jugak kena OT kerana minggu lps x OT (balik kg) & minggu depan pulak sekali lagi akan membalikkan diri ke kg kerana berkira2 nak ke majlis menyambut menantu Haris Abadi a.k.a Yan, member se-Fine Art & serumah dulu, Insya-Allah. So kena la cover2 sket kan.

Akan tetapi misi menyiapkan keja2 x jugak tercapai. Baru 3 jam wat keja, kami diajak oleh member opis utk ke rumah seorang lagi staf, iaitu Cik Lan yg bermastautin kat Rawang. Bab makan free nih kami mmg x lepaskan, lagipun selain makan2 ada jugak terselit tugasan yg harus dikerjakan kat situ, iaitu aktiviti fotografi situasi hari raya utk projek buku sekolah. (Itu sebenarnya bukan keja aku pun, just jadi tukang makan & setting2 barang jer) Tapi yg bestnye kat rumah Cik Lan nih, mmg terasa la suasana kampungnye, dgn juadah berlambak, menu kampung (ikan bakar..perghh), buah rambutan fresh dari pokok & siap bleh makan bwh pokok lagi..piknik. Cik Lan jugak bermurah hati dgn memberi kitorang ikan2 keli hidup, tapi yg mengambiknye member2 yg dah kahwin la. Kalau nak bagi kat kitorang yg bujang ni, harus beku la ikan tu dlm freezer sampai bila2 (x termasak la jawabnye..malas+x pandai). Hehehe. Apa2 pun terima kasih bebanyak diucapkan kpd Cik Lan, thn depan wat la lagi deh...haha.

Lepas balik dari Rawang tu plak, petang tuh dlm pukul 6 aku bergerak secara solo plak ke rumah geng2 di Meru, iaitu Sukor, Jamil a.k.a Souq, Boy & Sudin. Rumah diorang merangkap studio art, yg turut didatangi member2 UiTM semasa aku tiba. Best la jugak, dapat jumpa member2 sepengajian nih, al-maklum la sejak masing2 dah gred nih payah sket nak bersua muka. Bila dah jumpa, duduk setempat sambil melantak sate, kerang bakar, nasik himpit, sosej, bla, bla, bla...terbukak la citer2 latest, bertanya khabar dsb. X ketinggalan gak discussing tentang FINE ART (yg mungkin payah nak difahami oleh orang2 bukan dari background art, aku pasti sgt nih!), bukak studio itu ini, exhibition2 sana sini, painting, sculpture, printmaking & macam2 lagilah. Mendengarkan benda2 camtu mmg membuatkan aku bersemangat utk lebih aktif dlm bidang yg diminati sejak sekian lama nih...cewah. (Sekarang bukan x wat langsung, cuma komitmen keja membataskan...)

Menjelang pukul 11 mlm baru le balik rumah...dgn perut penuh + sedikit idea2 & harapan baru. Bagus gak dapat jumpa geng2 lama nih. So kesimpulannya rajin2 la berziarah ke rumah sahabat handai.

Dah, aku nk tido plak nih. Zzzzz...............


Tuesday, September 15, 2009

Penulisan terakhir sebelum berambus...



Hah! Siap dlm masa 2 hari......
Hasil seni kat atas nih tercipta dari rontaan jiwa seseorang yg terlalu banyak idea & cenderung plak utk meluahkannya semua sekali...dlm masa yg singkat & dlm 1 ruang yg terhad. Fuhh...payah tuh.

Apa pun, aku rasa puas kerana dapat meneruskan kesinambungan kad raya versi siber cam tahun lepas. Yang nih, aku rasa lebih baik lagi...walaupun x begitu memuaskan hati sgt. (Cam yg telah disebut terdahulu.....abis segala ketupat, pelita, masjid, budak2 berbaju raya, bla bla bla nak disumbat dlm space sebesar A4 nih. Tapi last2 aku terfikir yg semua tuh hanya akan menyemakkan mata memandang jer. So, fokus pada seorang jejaka (aku la tuh) yg berhempas pulas membawa ketupat saiz gergasi (tipu!), tekstur tanah sebenar, gambo masjid yg ditambah efek sebagai background, & elemen2 taipografi ber'mood'kan stail Arab.

Walaupun aku melukis muka sendiri, tapi tidak dpt tidak ada jugak ciri2 yg sengaja ditambah walaupun x pernah pun aku lakukan:

Songkok: Rasanye dah berkurun aku x pakai songkok time raya...
Kain samping: Sama kes dgn songkok....pun dah lama gak x pakai..
Rambut: Owh itu memang fesyen rambut aku TAPI sebelum pegi interview SPA, awal bulan nih....(terima kasih kpd pihak SPA kerana membuatkan diri ini kelihatan formal buat setengah hari!)
Ketupat: Terang2 imaginasi...mana de sebesar tuh? Larat ke nak habiskan...?

Oh ya, menyentuh tentang tajuk...sebenarnya aku bakal meninggalkan bumi Shah Alam ini pada pagi esok..........utk berhari raya bersama family di P2-Gank tercinta..heheh. Sekaligus aku juga menjadi staf Cerdik Publications yg paling awal bercuti...(alasan: dapat tiket bas awal2 jer) dikala staf2 lain masih sibuk bekerja. Xpe, kampung aku jauh. heheh.

Selamat hari raya. & maaf zahir batin.



Thursday, September 10, 2009

Berkarya dalam dugaan

Salam Ramadhan.

Kalau dah jadi orang seni nih, x senang duduk la kalau dah lama x buat sesuatu yg kreatif, menarik & berseni. Tambah2 lagi kalau terpandang artwork2 yg comel2, mantap bersari di mana2, huh... tercabar pulak rasanya NAK BUAT MACAM TU jugak. Tapi kadang2 terasa profesion (?) yg aku miliki sekarang x berapa menggalakkan penghasilan artwork2 yg kreatif, yg boleh membuatkan aku berpuas hati dengannya (macam zaman study). Terlalu banyak kekangan & protokol yg harus dipatuhi.

So, bila baru2 nih Cik Lan selaku Senior Illustrator (betul ke jawatan dia nih??) request aku untuk buat kad raya dari staf2 department, maka aku pun terima dgn senang hati. Bercampur rasa cuak kalau2 terlambat deadline....biasa la aku nih mudah dihasut oleh godaan2 tertentu. hehe. Sebenarnya tiap2 tahun dept. aku, iaitu Design Dept. akan produce kad raya berserta ilustrasi staf2 utk diedarkan kepada big boss, boss2 kecik, dept. lain, sahabat handai..bla bla bla. Ilustrasi tu pula akan dilukis oleh staf2 dept. sendiri, terpulang la pada siapa2 yg sanggup. Tahun lepas, Cik Lan yg lukis...dgn gaya potret yg realis. Tahun nih pulak, dapat kat aku, so stail karikatur la jadi pilihan nampaknya. (Sebenarnya aku malas lukis real2. Serius.)





Di atas nih adalah final result...usahasama antara aku dengan Tamize, designer. Si Tamize nih cuma sentuh bab2 designing jer..memulanya terfikir jugak nak buat sekali dengan layout2nya, tetapi memandangkan beliau lebih pakar dlm hal2 tu, maka aku serahkan kat dia jer. Senang sikit kerja aku. heh. Kalernya dlm grayscale jer....nak menjimatkan ink opis la, mengikut kata2 pihak tertentu.(",)

Memula sekali aku dapatkan gambar2 setiap staf, kumpul2, kemudian barulah aku meneruskan proses meniru balik wajah2 diorang dalam versi karikatur di atas sekeping kertas A3. Agak susah time starting...memandangkan dah lama aku nih x melukis secara serius. Tangan dah keras sikit. Cis. Ada sesetengah muka staf yg senang nak ditackle, ada jugak yg susah, & ada jugak yg dihasilkan dgn cara 'alternatif' yg x perlu la didedahkan di sini.heheh. Maka setelah berhempas pulas (konon) selama 2,3 hari, siaplah sebuah artwork...yg x seberapa. Personally aku mmg x pernah puas hati pun dengan artwork2 sebelum2 nih, tapi mana la ada benda perfect kan...kalau siapa2 yg rasa muka diorang x dapat dicam tu, mintak maap la ye..ambo nih bukan pro pun..... Muka aku sendiri tu pun rasanya x 100% sama. (yg belakang sekali tu, belah kanan..)

So macam tu lah. Nampaknya aku kena praktis lebih2 lagi. Jangan jadikan kerja banyak sebagai alasan untuk tidak meng'improve'kan diri >> Nasihat untuk diri sendiriiiiiiii......................

Selamat berpuasa & selamat hari raya. Chow.


Saturday, August 15, 2009

Menunggang motor memang best...tapi..

Lama dah menulis blog nih...dah 3 bln lebih rasanya.. Ini kerja punya pasal la, pastu dicampur pulak kemalasan+letih+kekeringan idea (alasan), maka terperuklah blog aku yg x berapa best nih tanpa dijenguk...heheh

Duk pikir2 nk tulis apa, last2 terasa eloklah aku menaip tentang benda yg aku lalui hari2...iaitu "Rasa X Best Apabila Menunggang Motor Dalam Kehidupan Seharianku". Dah dikecilkan skop dah tu..

Menunggang motor di atas jalanraya boleh mendatangkan rasa best & jugak x best. RASA BEST hadir bila motor korang berjaya memotong setiap motor2 sepanjang laluan korang dgn jayanya, buat lap sehingga lutut mencecah jalan @ pemijak berapi2 (sebab bergesel dgn jalan, bukan dibakar ek). RASA X BEST pulak hadir bila motor korang dipotong selamba oleh motor lain, walaupun throttle dah dipulas abis. Rasa x best nih selalu aku alami, bila menunggang naik bukit UiTM (zaman study dulu) & awek2 naik skuter selamba rock jer memotong aku...al maklum la, motor Y100 aku bukan power sangat pun..basikal pun selamba jer motong...

Situasi ini tambah parah kalau membonceng dgn member2 & sgt la ekstrim parahnye kalau diorang berbadan besar & takde lesen motor plak tu (iye la kalau ada bleh la aku suruh bawak kan). Kalau nak pegi kelas, lalu time awek tgh ramai kat kiri kanan jln maka terpaksa la aku wat muka bodoh jer. Time aku pegi kelas dgn member aku si Saleh yg 3,4x ganda saiz aku yg cikeding ni. Kitorang naik bukit dgn azabnye, dikellingi awek2 kat tepi jln, maka terasa la jugak rendah diri sikit2. Member pulak menyedari yg berat badan dia tu menyumbang kepada keazaban motor aku, sebab dia kata "aku tau pu, bdn aku gemuk...." Xpe la Leh,yg penting ko x monteng kelas hari tu..hehehe.

RASA X BEST juga boleh terbit bila mengekori belakang transport yg dipandu wanita, kdg2 hangin 1 badan jer bila diorang tetiba berenti tanpa sebab kat tgh2 jalan. Nyaris2 nak tersondol...nanti aku jugak yg naya kan?

So...berhati-hatilah menunggang di jalanraya..anda mampu mengubahnye. Prenggg....