Saturday, October 10, 2009

Blog musim raya

Walaupun time aku menulis dah menjelang 22 Syawal, tapi mood raya masih & sangat terasa lagi. Almaklumlah, raya kan 1 bulan. Sebenarnya hari nih pun aku telah memenuhi 2 jemputan ke rumah terbuka member2....tolak 1 jer yg x dapat dipenuhi, iaitu ke rumah brader EJ, member seopis aku (sori EJ, sapa suruh ko x bagi peta rumah..haha)

Hari nih (Sabtu) cuti, tapi aku & Bob tetap ke opis kerana terpaksa OT cam biasa. Maksud 'terpaksa' tuh merujuk kpd utk membereskan keja2 yg x settle lagi, melambak2 lagi weh. Tapi selain itu aku jugak kena OT kerana minggu lps x OT (balik kg) & minggu depan pulak sekali lagi akan membalikkan diri ke kg kerana berkira2 nak ke majlis menyambut menantu Haris Abadi a.k.a Yan, member se-Fine Art & serumah dulu, Insya-Allah. So kena la cover2 sket kan.

Akan tetapi misi menyiapkan keja2 x jugak tercapai. Baru 3 jam wat keja, kami diajak oleh member opis utk ke rumah seorang lagi staf, iaitu Cik Lan yg bermastautin kat Rawang. Bab makan free nih kami mmg x lepaskan, lagipun selain makan2 ada jugak terselit tugasan yg harus dikerjakan kat situ, iaitu aktiviti fotografi situasi hari raya utk projek buku sekolah. (Itu sebenarnya bukan keja aku pun, just jadi tukang makan & setting2 barang jer) Tapi yg bestnye kat rumah Cik Lan nih, mmg terasa la suasana kampungnye, dgn juadah berlambak, menu kampung (ikan bakar..perghh), buah rambutan fresh dari pokok & siap bleh makan bwh pokok lagi..piknik. Cik Lan jugak bermurah hati dgn memberi kitorang ikan2 keli hidup, tapi yg mengambiknye member2 yg dah kahwin la. Kalau nak bagi kat kitorang yg bujang ni, harus beku la ikan tu dlm freezer sampai bila2 (x termasak la jawabnye..malas+x pandai). Hehehe. Apa2 pun terima kasih bebanyak diucapkan kpd Cik Lan, thn depan wat la lagi deh...haha.

Lepas balik dari Rawang tu plak, petang tuh dlm pukul 6 aku bergerak secara solo plak ke rumah geng2 di Meru, iaitu Sukor, Jamil a.k.a Souq, Boy & Sudin. Rumah diorang merangkap studio art, yg turut didatangi member2 UiTM semasa aku tiba. Best la jugak, dapat jumpa member2 sepengajian nih, al-maklum la sejak masing2 dah gred nih payah sket nak bersua muka. Bila dah jumpa, duduk setempat sambil melantak sate, kerang bakar, nasik himpit, sosej, bla, bla, bla...terbukak la citer2 latest, bertanya khabar dsb. X ketinggalan gak discussing tentang FINE ART (yg mungkin payah nak difahami oleh orang2 bukan dari background art, aku pasti sgt nih!), bukak studio itu ini, exhibition2 sana sini, painting, sculpture, printmaking & macam2 lagilah. Mendengarkan benda2 camtu mmg membuatkan aku bersemangat utk lebih aktif dlm bidang yg diminati sejak sekian lama nih...cewah. (Sekarang bukan x wat langsung, cuma komitmen keja membataskan...)

Menjelang pukul 11 mlm baru le balik rumah...dgn perut penuh + sedikit idea2 & harapan baru. Bagus gak dapat jumpa geng2 lama nih. So kesimpulannya rajin2 la berziarah ke rumah sahabat handai.

Dah, aku nk tido plak nih. Zzzzz...............


2 comments:

  1. selamat hari raya...ini satu kunjungan balas..hehe

    ReplyDelete
  2. hhooohoho..thanx bro berteromber...hehehe
    rock dlm keamanan..

    ReplyDelete