Tuesday, December 22, 2009

Idea & Si Kambing Merah yg difemininkan..

IDEA.
Idea adalah buah fikiran, gagasan @ rancangan yg tersusun dlm fikiran; itu yg aku dapati setelah menggeledah website2 kamus utk mencari maksud IDEA (malas pulak nak mencapai kamus kat rak buku tu..teruk betul aku ni kan..). Aku bukan nak mengulas panjang mengenai idea, bukan juga nak menulis tesis pasal idea, tapi sekadar nak mengatakan bahawa idea tu ada di mana2.

Kalau time study dulu, lecturer aku cukup marah jika studentnya mengatakan x ada idea ketika presentation sketch, misalnya. Katanya, “idea tu sentiasa ada”. Bagi aku kata-katanya memang betul. Walaupun seburuk mana pun lakaran yg dihasilkan dlm buku sketch, ia tetap merupakan idea..Cuma terpulang la kepada kita utk memperbaikinya. Teringat 1 sesi dlm kelas drawing kitorang dulu, seorang lecturer menanyakan definisi ‘idea’ dari sudut pandangan masing2…dan bila sampai turn aku, dgn jujurnya aku menjawab,”idea tu anugerah”. Aku menjawab sedemikian kerana bagi aku idea itu sesuatu yg bernilai, dan x boleh dibeli di mana2 Tesco atau Giant. Yakin.

SI KAMBING MERAH YG DIFEMININKAN (?).
Aku jelaskan dulu, ‘si kambing merah’ merupakan nickname motosikal jenama Yamaha 100 Sport yg aku miliki nih. Menurut kata2 seorang sahabat, Udiey a.k.a Jogho, di kampungnya, ‘kambing’ merupakan gelaran utk jenis motor tersebut yg lazimnya berbunyi mengerang kerana x cukup pikap (macam kambing la kononnya). Entah la. Kat tempat aku xde pulak org panggil macam tu.



Nah, ni pulak IDEA aku yg terbaru. Terima kasih pada Adobe Photoshop, warna asalnya merah dah digantikan dgn warna pink + corak bunga2. Sebab tu ia dipanggil ‘si kambing merah yang difemininkan’. Hehe. Kadang2 teringin nak melihat rupa motor kesayangan jika ditukar warna (tanpa melibatkan kos yg banyak!). Tapi aku memang x akan tukar warnanya macam tu di alam realiti, melainkan aku ini adalah seorang awek. Menjatuhkan maruah aku jer… Apa2 pun, menghasilkan manipulasi foto sebegini sebenarnya melonjakkan lagi tahap penguasaan Photoshop…dan jugak memperkembangkan kreativiti.

So itu je lah aku nak mengarut di awal pagi ni. Moralnya, seseorang artis itu berhak meluahkan idea2nya dengan bebas & kreatif…asalkan jangan terbabas keluar dari hukum2 agama & nilai2 moral serta adab ketimuran.

Aku nak tidur dulu. Peace.

4 comments:

  1. kalu pink jadi babi pu. harammmm...

    ReplyDelete
  2. tapi babi xdok pulok ore pggil ko muto kg aku

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. laaa..ado ngomen dio rupanya..sori boh..lamo x jenguk blog sendiri...
      lagenda xdop lg time nih..duk dlm kilang lg :p

      Delete