Sebentar tadi aku sudah publish 1st blog....dgn jayanya. Ehmm...nampaknya sudah ada 1 kemajuan di situ ya.
Banyak benda yg aku nak tulis sebenarnya. Tapi rasanya kali ini memadai dgn aku coretkan suasana yg dialami skang.... err, skang jam yg terpapar di monitor aku mencatatkan 4:11am. Waktu yg x sesuai utk makan tengahari.(?) Aku sebenarnya sudah tidur, & bangun kembali sekitar 12.00am. Tertidur awal pulak, ini semua kerja punya pasal....hu2. Letih amat. Aku pula bukanlah seorang insan yg cukup stamina, seekor kura2 bisa memintas aku jika diajak berlumba lari.
Aku rasa nak describe tentang objek2 yang ada di sekeliling akulah. Di depan aku...sudah tentu la ada sebuah komputer yg dibeli sekitar akhir 2004, masa mula2 memasuki sem04 diploma seni halus di UiTM Machang (weh...this is an English speaking campus!). Di atas monitor yg agak berhabuk ni, ada seekor(?) mainan Transformers kecik je saiznya. Wataknya Bumblebee, tapi yg ini x pula diwarnakan dgn yellow, sepertimana Bumblebee yg korang kenali. (kalau korang follow citer Tranformers la!). Di atas CPU yg berada di sebelah kiri aku, ada 2 kereta kecik HotWheels (1 baru beli siang tadi..), kunci rumah, kunci motor, jam tangan (hadiah mak abah aku time konvo diploma 2 tahun lepas), beg duit sendat berisi $, majalah HAI! (bukan aku beli la, jumpa kat rumah ni) & jugak sehelai kertas= surat PTPTN yg mengarahkan aku membayar balik pinjaman...hehehe. Berdekatan dgn CPU pulak, errr ada gelas, eh bukan, cawan (yg 1 jam lepas, masih berisi Nescaffe Mild panas....)
Tapi terdapat 1 objek di dlm bilik aku nih yg sering membuatkan aku berfikir panjang; sebuah gitar Kapok merah milik seorang member, Khairul Nazmi a.k.a Pinen. Alat muzik tersebut dah pun diubahsuai...dari sedap mata memandang kepada sakit mata memandang.. (?) Maksudku, terdapat contengan2 spontan tapi jujur dari beliau yg ditulis sedikit waktu dahulu. (aku rasa dah setahun la). Salah 1 contoh ayat yg berbunyi "anak ayam anak kadok, main gitar sambil isap rokok" antara yg menonjol. X tau la, aku rasa beliau reka sendiri jer pantun tersebut, mungkin describe tentang 1 benda lazim yg dibuat oleh anak2 muda yg rock. Oh sebenarnya yg membuatkan aku terfikir panjang pabila melihat objek tu ialah memikirkan adakah tuannya ingin mengambil balik gitar tersebut setelah berbulan2 atau ingin memindah milikkan kepadaku..? Hmm..persoalan. Kalau gitar tersebut menjadi milikku, sudah tentu aku korbankannya menjadi Pop Sculpture (seperti di dlm bilik Dr.Kat; student2 Fine Art UiTM Shah Alam tentu arif kan..) kerana bukan sedap pun bunyinya kalau nak mainkan. Fizikal pun sudah cacat. So we wait & see ah....
Tapi rasanya dalam 2 bulan lagi, kebarangkalian gitar bertukar sculpture agak tinggi. Hm nasib hang la Pinen....
Aku dah kering idea pula. Xpe la tidur dulu...eh, Subuh bakal menjelang.....cancel!
"saya rasa"(version prof awang)coretan anda ini menarik di baca..boleh lah dikongsi bersama kwn2.walaupun awk cuba selindungkan objek2 lain spt wtk konek dari kwn2 dan pusat terkeluar yg berada pada pc tu tp pd sy fikir ianya menarik dikongsikn.-shotKACAK
ReplyDeletesyabas buat cipu yang jayanya menghasilkan blog utk d kongsi cerita bersama....
ReplyDeleteahhhh....shot mmg kelakar orangnye. tq.
ReplyDelete