Tuesday, December 22, 2009

Idea & Si Kambing Merah yg difemininkan..

IDEA.
Idea adalah buah fikiran, gagasan @ rancangan yg tersusun dlm fikiran; itu yg aku dapati setelah menggeledah website2 kamus utk mencari maksud IDEA (malas pulak nak mencapai kamus kat rak buku tu..teruk betul aku ni kan..). Aku bukan nak mengulas panjang mengenai idea, bukan juga nak menulis tesis pasal idea, tapi sekadar nak mengatakan bahawa idea tu ada di mana2.

Kalau time study dulu, lecturer aku cukup marah jika studentnya mengatakan x ada idea ketika presentation sketch, misalnya. Katanya, “idea tu sentiasa ada”. Bagi aku kata-katanya memang betul. Walaupun seburuk mana pun lakaran yg dihasilkan dlm buku sketch, ia tetap merupakan idea..Cuma terpulang la kepada kita utk memperbaikinya. Teringat 1 sesi dlm kelas drawing kitorang dulu, seorang lecturer menanyakan definisi ‘idea’ dari sudut pandangan masing2…dan bila sampai turn aku, dgn jujurnya aku menjawab,”idea tu anugerah”. Aku menjawab sedemikian kerana bagi aku idea itu sesuatu yg bernilai, dan x boleh dibeli di mana2 Tesco atau Giant. Yakin.

SI KAMBING MERAH YG DIFEMININKAN (?).
Aku jelaskan dulu, ‘si kambing merah’ merupakan nickname motosikal jenama Yamaha 100 Sport yg aku miliki nih. Menurut kata2 seorang sahabat, Udiey a.k.a Jogho, di kampungnya, ‘kambing’ merupakan gelaran utk jenis motor tersebut yg lazimnya berbunyi mengerang kerana x cukup pikap (macam kambing la kononnya). Entah la. Kat tempat aku xde pulak org panggil macam tu.



Nah, ni pulak IDEA aku yg terbaru. Terima kasih pada Adobe Photoshop, warna asalnya merah dah digantikan dgn warna pink + corak bunga2. Sebab tu ia dipanggil ‘si kambing merah yang difemininkan’. Hehe. Kadang2 teringin nak melihat rupa motor kesayangan jika ditukar warna (tanpa melibatkan kos yg banyak!). Tapi aku memang x akan tukar warnanya macam tu di alam realiti, melainkan aku ini adalah seorang awek. Menjatuhkan maruah aku jer… Apa2 pun, menghasilkan manipulasi foto sebegini sebenarnya melonjakkan lagi tahap penguasaan Photoshop…dan jugak memperkembangkan kreativiti.

So itu je lah aku nak mengarut di awal pagi ni. Moralnya, seseorang artis itu berhak meluahkan idea2nya dengan bebas & kreatif…asalkan jangan terbabas keluar dari hukum2 agama & nilai2 moral serta adab ketimuran.

Aku nak tidur dulu. Peace.

Saturday, October 10, 2009

Blog musim raya

Walaupun time aku menulis dah menjelang 22 Syawal, tapi mood raya masih & sangat terasa lagi. Almaklumlah, raya kan 1 bulan. Sebenarnya hari nih pun aku telah memenuhi 2 jemputan ke rumah terbuka member2....tolak 1 jer yg x dapat dipenuhi, iaitu ke rumah brader EJ, member seopis aku (sori EJ, sapa suruh ko x bagi peta rumah..haha)

Hari nih (Sabtu) cuti, tapi aku & Bob tetap ke opis kerana terpaksa OT cam biasa. Maksud 'terpaksa' tuh merujuk kpd utk membereskan keja2 yg x settle lagi, melambak2 lagi weh. Tapi selain itu aku jugak kena OT kerana minggu lps x OT (balik kg) & minggu depan pulak sekali lagi akan membalikkan diri ke kg kerana berkira2 nak ke majlis menyambut menantu Haris Abadi a.k.a Yan, member se-Fine Art & serumah dulu, Insya-Allah. So kena la cover2 sket kan.

Akan tetapi misi menyiapkan keja2 x jugak tercapai. Baru 3 jam wat keja, kami diajak oleh member opis utk ke rumah seorang lagi staf, iaitu Cik Lan yg bermastautin kat Rawang. Bab makan free nih kami mmg x lepaskan, lagipun selain makan2 ada jugak terselit tugasan yg harus dikerjakan kat situ, iaitu aktiviti fotografi situasi hari raya utk projek buku sekolah. (Itu sebenarnya bukan keja aku pun, just jadi tukang makan & setting2 barang jer) Tapi yg bestnye kat rumah Cik Lan nih, mmg terasa la suasana kampungnye, dgn juadah berlambak, menu kampung (ikan bakar..perghh), buah rambutan fresh dari pokok & siap bleh makan bwh pokok lagi..piknik. Cik Lan jugak bermurah hati dgn memberi kitorang ikan2 keli hidup, tapi yg mengambiknye member2 yg dah kahwin la. Kalau nak bagi kat kitorang yg bujang ni, harus beku la ikan tu dlm freezer sampai bila2 (x termasak la jawabnye..malas+x pandai). Hehehe. Apa2 pun terima kasih bebanyak diucapkan kpd Cik Lan, thn depan wat la lagi deh...haha.

Lepas balik dari Rawang tu plak, petang tuh dlm pukul 6 aku bergerak secara solo plak ke rumah geng2 di Meru, iaitu Sukor, Jamil a.k.a Souq, Boy & Sudin. Rumah diorang merangkap studio art, yg turut didatangi member2 UiTM semasa aku tiba. Best la jugak, dapat jumpa member2 sepengajian nih, al-maklum la sejak masing2 dah gred nih payah sket nak bersua muka. Bila dah jumpa, duduk setempat sambil melantak sate, kerang bakar, nasik himpit, sosej, bla, bla, bla...terbukak la citer2 latest, bertanya khabar dsb. X ketinggalan gak discussing tentang FINE ART (yg mungkin payah nak difahami oleh orang2 bukan dari background art, aku pasti sgt nih!), bukak studio itu ini, exhibition2 sana sini, painting, sculpture, printmaking & macam2 lagilah. Mendengarkan benda2 camtu mmg membuatkan aku bersemangat utk lebih aktif dlm bidang yg diminati sejak sekian lama nih...cewah. (Sekarang bukan x wat langsung, cuma komitmen keja membataskan...)

Menjelang pukul 11 mlm baru le balik rumah...dgn perut penuh + sedikit idea2 & harapan baru. Bagus gak dapat jumpa geng2 lama nih. So kesimpulannya rajin2 la berziarah ke rumah sahabat handai.

Dah, aku nk tido plak nih. Zzzzz...............


Tuesday, September 15, 2009

Penulisan terakhir sebelum berambus...



Hah! Siap dlm masa 2 hari......
Hasil seni kat atas nih tercipta dari rontaan jiwa seseorang yg terlalu banyak idea & cenderung plak utk meluahkannya semua sekali...dlm masa yg singkat & dlm 1 ruang yg terhad. Fuhh...payah tuh.

Apa pun, aku rasa puas kerana dapat meneruskan kesinambungan kad raya versi siber cam tahun lepas. Yang nih, aku rasa lebih baik lagi...walaupun x begitu memuaskan hati sgt. (Cam yg telah disebut terdahulu.....abis segala ketupat, pelita, masjid, budak2 berbaju raya, bla bla bla nak disumbat dlm space sebesar A4 nih. Tapi last2 aku terfikir yg semua tuh hanya akan menyemakkan mata memandang jer. So, fokus pada seorang jejaka (aku la tuh) yg berhempas pulas membawa ketupat saiz gergasi (tipu!), tekstur tanah sebenar, gambo masjid yg ditambah efek sebagai background, & elemen2 taipografi ber'mood'kan stail Arab.

Walaupun aku melukis muka sendiri, tapi tidak dpt tidak ada jugak ciri2 yg sengaja ditambah walaupun x pernah pun aku lakukan:

Songkok: Rasanye dah berkurun aku x pakai songkok time raya...
Kain samping: Sama kes dgn songkok....pun dah lama gak x pakai..
Rambut: Owh itu memang fesyen rambut aku TAPI sebelum pegi interview SPA, awal bulan nih....(terima kasih kpd pihak SPA kerana membuatkan diri ini kelihatan formal buat setengah hari!)
Ketupat: Terang2 imaginasi...mana de sebesar tuh? Larat ke nak habiskan...?

Oh ya, menyentuh tentang tajuk...sebenarnya aku bakal meninggalkan bumi Shah Alam ini pada pagi esok..........utk berhari raya bersama family di P2-Gank tercinta..heheh. Sekaligus aku juga menjadi staf Cerdik Publications yg paling awal bercuti...(alasan: dapat tiket bas awal2 jer) dikala staf2 lain masih sibuk bekerja. Xpe, kampung aku jauh. heheh.

Selamat hari raya. & maaf zahir batin.



Thursday, September 10, 2009

Berkarya dalam dugaan

Salam Ramadhan.

Kalau dah jadi orang seni nih, x senang duduk la kalau dah lama x buat sesuatu yg kreatif, menarik & berseni. Tambah2 lagi kalau terpandang artwork2 yg comel2, mantap bersari di mana2, huh... tercabar pulak rasanya NAK BUAT MACAM TU jugak. Tapi kadang2 terasa profesion (?) yg aku miliki sekarang x berapa menggalakkan penghasilan artwork2 yg kreatif, yg boleh membuatkan aku berpuas hati dengannya (macam zaman study). Terlalu banyak kekangan & protokol yg harus dipatuhi.

So, bila baru2 nih Cik Lan selaku Senior Illustrator (betul ke jawatan dia nih??) request aku untuk buat kad raya dari staf2 department, maka aku pun terima dgn senang hati. Bercampur rasa cuak kalau2 terlambat deadline....biasa la aku nih mudah dihasut oleh godaan2 tertentu. hehe. Sebenarnya tiap2 tahun dept. aku, iaitu Design Dept. akan produce kad raya berserta ilustrasi staf2 utk diedarkan kepada big boss, boss2 kecik, dept. lain, sahabat handai..bla bla bla. Ilustrasi tu pula akan dilukis oleh staf2 dept. sendiri, terpulang la pada siapa2 yg sanggup. Tahun lepas, Cik Lan yg lukis...dgn gaya potret yg realis. Tahun nih pulak, dapat kat aku, so stail karikatur la jadi pilihan nampaknya. (Sebenarnya aku malas lukis real2. Serius.)





Di atas nih adalah final result...usahasama antara aku dengan Tamize, designer. Si Tamize nih cuma sentuh bab2 designing jer..memulanya terfikir jugak nak buat sekali dengan layout2nya, tetapi memandangkan beliau lebih pakar dlm hal2 tu, maka aku serahkan kat dia jer. Senang sikit kerja aku. heh. Kalernya dlm grayscale jer....nak menjimatkan ink opis la, mengikut kata2 pihak tertentu.(",)

Memula sekali aku dapatkan gambar2 setiap staf, kumpul2, kemudian barulah aku meneruskan proses meniru balik wajah2 diorang dalam versi karikatur di atas sekeping kertas A3. Agak susah time starting...memandangkan dah lama aku nih x melukis secara serius. Tangan dah keras sikit. Cis. Ada sesetengah muka staf yg senang nak ditackle, ada jugak yg susah, & ada jugak yg dihasilkan dgn cara 'alternatif' yg x perlu la didedahkan di sini.heheh. Maka setelah berhempas pulas (konon) selama 2,3 hari, siaplah sebuah artwork...yg x seberapa. Personally aku mmg x pernah puas hati pun dengan artwork2 sebelum2 nih, tapi mana la ada benda perfect kan...kalau siapa2 yg rasa muka diorang x dapat dicam tu, mintak maap la ye..ambo nih bukan pro pun..... Muka aku sendiri tu pun rasanya x 100% sama. (yg belakang sekali tu, belah kanan..)

So macam tu lah. Nampaknya aku kena praktis lebih2 lagi. Jangan jadikan kerja banyak sebagai alasan untuk tidak meng'improve'kan diri >> Nasihat untuk diri sendiriiiiiiii......................

Selamat berpuasa & selamat hari raya. Chow.


Saturday, August 15, 2009

Menunggang motor memang best...tapi..

Lama dah menulis blog nih...dah 3 bln lebih rasanya.. Ini kerja punya pasal la, pastu dicampur pulak kemalasan+letih+kekeringan idea (alasan), maka terperuklah blog aku yg x berapa best nih tanpa dijenguk...heheh

Duk pikir2 nk tulis apa, last2 terasa eloklah aku menaip tentang benda yg aku lalui hari2...iaitu "Rasa X Best Apabila Menunggang Motor Dalam Kehidupan Seharianku". Dah dikecilkan skop dah tu..

Menunggang motor di atas jalanraya boleh mendatangkan rasa best & jugak x best. RASA BEST hadir bila motor korang berjaya memotong setiap motor2 sepanjang laluan korang dgn jayanya, buat lap sehingga lutut mencecah jalan @ pemijak berapi2 (sebab bergesel dgn jalan, bukan dibakar ek). RASA X BEST pulak hadir bila motor korang dipotong selamba oleh motor lain, walaupun throttle dah dipulas abis. Rasa x best nih selalu aku alami, bila menunggang naik bukit UiTM (zaman study dulu) & awek2 naik skuter selamba rock jer memotong aku...al maklum la, motor Y100 aku bukan power sangat pun..basikal pun selamba jer motong...

Situasi ini tambah parah kalau membonceng dgn member2 & sgt la ekstrim parahnye kalau diorang berbadan besar & takde lesen motor plak tu (iye la kalau ada bleh la aku suruh bawak kan). Kalau nak pegi kelas, lalu time awek tgh ramai kat kiri kanan jln maka terpaksa la aku wat muka bodoh jer. Time aku pegi kelas dgn member aku si Saleh yg 3,4x ganda saiz aku yg cikeding ni. Kitorang naik bukit dgn azabnye, dikellingi awek2 kat tepi jln, maka terasa la jugak rendah diri sikit2. Member pulak menyedari yg berat badan dia tu menyumbang kepada keazaban motor aku, sebab dia kata "aku tau pu, bdn aku gemuk...." Xpe la Leh,yg penting ko x monteng kelas hari tu..hehehe.

RASA X BEST juga boleh terbit bila mengekori belakang transport yg dipandu wanita, kdg2 hangin 1 badan jer bila diorang tetiba berenti tanpa sebab kat tgh2 jalan. Nyaris2 nak tersondol...nanti aku jugak yg naya kan?

So...berhati-hatilah menunggang di jalanraya..anda mampu mengubahnye. Prenggg....





Saturday, April 25, 2009

Satu hari dimana seorang ilustrator mengular...

Aku dah lama x tulis la. Malas+busy+penat & mcm2 alasan lain lg. Tp bila tgk ada gak la insan2 yg sudi mengomen (@ membodek-mengikut istilah si gemuk yg optimis..sori Yan!) penulisan x berilmiah aku nih, maka timbul gak la keinginan utk menulis blk..heheh.

Hari Rabu, 22hb April bebaru nih, aku & seorang member designer yakni En. Tamize telah pergi ke PWTC....nk jenguk Pesta Buku Antarabangsa sambil buat research (kononnye). Sebenarnye dh jadi amalan company aku, setiap kali berlangsungnya event 2 (setahun sekali), staf2 harus pegi buat research tentang produk2 publisher buku yg lain, mengikut bidang2 masing2 la. Cthnya bagi aku yg menjawat jawatan Ilustrator nih, akan mengkaji style2 lukisan, teknik colouring, presentation dsb. dlm buku2 yg ada kat situ. So mungkin ada diantaranya yg bleh aku apply utk buku2 keluaran Cerdik Publication...company aku la 2.

Yg bagusnye bila keluar wat assignment nih, ia akan membenarkan kami utk tidak menyentuh kerja2.. sambil makan angin hahaha. Kitaorang pegi naik komuter, sampai sana lunch dulu (En. Tamize dah kebulur) & then barulah masuk dlm PWTC. Tahun nih x ramai publisher join, kontra sgt la dgn yg tahun lps punye-booth2 publisher berderet sampai ke luar, katanye Tamize lah. Tah la aku pn x pegi yg tahun lps nye. Aku masih lg dlm sem last time 2. Lantak la.


So kitaorang pegi dari 1 booth ke booth2 lain - DBP, Sasbadi, PTS, Karangkraf, CESB, MOY & bnyk lg publisher yg aku sendiri pn x igt. Sambil2 take a look dgn ilustrasi2 dlm beberapa buku kanak2....aku ada jumpa gak sesetengah ilustrasi yg bagus utk dicontohi. Hmm..ada la gak isi nk tulis report. heh.

Buku kat sebelah ni (terbitan DBP) ada ilustrasi yg memiliki teknik2 colouring yg best ar bagi aku. Stroke lukisan dia pun aku suka...cuma nama ilustrator nye aje yg x berapa familiar.



Ni pulak booth company aku, Cerdik Publication...tempat jual buku merangkap tempat-simpan-barang-tanpa-perlu-mengambil-no. (?)




Bila sampai kat booth Creative Enterprise (ala yg wat Gila-Gila 2) aku tertewas dgn produk2 yg kat sebelah ni...x pasal2 pulak jiwa ini jadi sentimental.. maka berhabisanlah aku RM 40 lebih utk buku2 tersebut. Yg kat sebelah nih cuma sebahagian jer...x silap 5 buku aku beli. Ada yg jual utk abis stok...kalau ikut hati nk je aku borong semua. heh. Yg sebenarnye aku boleh dikatakan membesar dgn kartun & komik terbitan CESB cam Gila-Gila & koleksi kartunis2nye...dulu masa kecik punya la banyak komik2 cam ni kat rumah, last2 tah ke mana hilangnya. So skang aku sdg berusaha re-collect balik setakat yg mampu.... bagi aku produk2 cam nih & kartunis era dulu2 lebih best dari komik2 zaman skang.

Merayau lagi....jumpa plak senior aku iaitu En. Fahmi a.k.a mastermind buli (agak2 jer, dah 2 content artwork dia dulu!) tengah mencari buku2 utk anak muridnya. Katanya jadik cikgu...hm bagus2..selamat mengajar saya ucapkan. Jgn membuli lagi ye.

Dah penat merayau....sampai pulak kt satu tempat karikatur yg diduduki oleh brader Syem & membernye Zul Azhar (nama tertera kt bisnes card kt depan dia..ye kut!) Brader Syem nih finalis Raja Lawak, bagi aku mmg talented sbg caricaturist+tukang wat lawak+tukang wat bunyian2 (Donald Duck esp.)+tukang mengajuk suara2 orang...& dia jugak pernah bekerja kat company aku sebelum aku masuk situ lagi.



Tapi terkilan gak...x sempat la nk suruh dia karikaturkan muka aku ni...nampak cam bz la brader nih time 2 ditambah dgn kehadiran customer2... Ah xpe...at least aku terhibur dgn suara2 ajukan dia secara live...+ gambo nih yg di snap oleh brader Tamize. Heheh!

Pastu kitaorang merayau lagi...lagi dan lagi. Sampai kt booth Ujang (MOY), beli baju Sireh..gambo artwork beliau, Student Life. Antara kartunis feveret aku gak. Sempat tgk rehearsal student Lim Kok Wing (koir). Ok gak la..mantap dan bersari suara diorang...last2 skali aku & Tamize x larat dh...dah petang merangkak Maghrib...so kitaorang pun blk la ke opis. Walaupun letih giler, tp puas la gak dpt membeli benda2 yg aku nak..lebih dari puas dpt hasil research lg..heh. Duit pun bnyk abis...tp xpe. Gaji x lama lagi...hahahha.

Tahun depan aku akan pegi lagi...Insya-Allah.

Sunday, March 22, 2009

Budak Pintu Geng?

Aku nak menulis lagi. Dan kali ini aku nak menulis tentang nama tempat asal aku, tempat tersergamnya rumah family tercinta nun di Kelantan. Nama tempat 2 Pintu Geng, bukan geng pintu eh....

Kadang2 nama tempat 2 menimbulkan rasa gelihati di kalangan member2... bila sebut "Pintu geng" jer, diorang akan terasa nama 2 kelakar. Ntah l
a....masa aku belajar menulis alamat rumah time sekolah rendah dulu xda la rasa kelakar pun nama 2....biase jer. Fenomena tersebut lazim berlaku di kalangan member2 yg bukan dari Kelantan. Lazimnya mereka akan mempersoalkan "apsal nama tempat ko pelik aaa??", "camne bleh dapat nama 2?"...aiii 2 yg aku susah nk jawab.....

Aku pn x tau la history nama 2, tp time skolah rendah ada sekali 2 cikgu aku tanya budak2 klas aku ttg asal usul Pintu Geng 2....siap suruh bagi jawapan pada esoknya lagi. Jadi esok harinya, dia tanya lagi pada salah seorang member aku, & member aku 2 jawab "err ayah saya cakap zaman dulu2 ada satu pintu gerbang besar kat sini, bila orang tutup pintu 2, bunyinye "gengg!!" Lepas 2 cikgu aku tanya lagi kat member yg lain, tp jawapannya sama gak. (Aku mintak maap la kalu salah fakta, tp 2 je la point2 perbualan yg masih aku ingat..he2) Pendek kata suma citer pasal nama tempat 2 sama jer...kalau tanya kt mana2 pun.


Gambo kat atas nih adalah imaginasi aku yg tercetus pabila mendengar citer member aku yg memula tadi...agak2 je la!

Kadang2 terasa jugak nk cover...malas la nak mention nama P.Geng 2.....sebut jer "eh, kawe ore Wakaf Che Yeh!" x pun "Kota Bharu" jer. Ini time berkenalan dgn sapa2 la. Alaaaaaaahhh sama la 2 kan. Dekat2 jer areanya. Haha. Aku rasa nama tersebut agak asing jugak di kalangan member2 Kelantan....kerana sesetengahnya akan membuat muka "kucing yg kaget apabila terkantoi mencuri ikan dgn mak aku" pabila aku mention asal usulku.

"Aaa? Pintu geng?? Mmano tuh? Bakpo supo nyepak jah namo tmpat demo 2..??" Ciss.

Walaubagaimanapun, aku tetap mengabadikan nama tersebut kt URL blog nih, kerana aku sememangnye budak Pintu Geng, bukannya Shah Alam, KL hatta New York sekalipun. Haha.
Cuma ejaannya jer diputarbelitkan, P2Geng, saja jer nk bagi ganaz sket. Konon.




(Sekadar gambar hiasan)

Saturday, March 21, 2009

Nak testing lagi....

Percubaan menyumbat gambar....Ehm nampaknya berjaya.....hahahahaha

"Saya budak baru belajar, ambik galah tolong jolokkan...."


Foto diambil sekitar 2005..
Tempat: tepi umah aku, celah2 daun pokok yg aku sendiri x pasti namanye....
Masa: pagi kut...
Sasaran: umah sebelah, konon nak xplore teknik2 fotografi la...shoot gambo dari celah koyakan daun yg disengajakan (sori daun!)


Hahahahaha (gelak lagi, apa daaa)



Saturday, March 14, 2009

Seterusnya...

Sebentar tadi aku sudah publish 1st blog....dgn jayanya. Ehmm...nampaknya sudah ada 1 kemajuan di situ ya.

Banyak benda yg aku nak tulis sebenarnya. Tapi rasanya kali ini memadai dgn aku coretkan suasana yg dialami skang.... err, skang jam yg terpapar di monitor aku mencatatkan 4:11am. Waktu yg x sesuai utk makan tengahari.(?) Aku sebenarnya sudah tidur, & bangun kembali sekitar 12.00am. Tertidur awal pulak, ini semua kerja punya pasal....hu2. Letih amat. Aku pula bukanlah seorang insan yg cukup stamina, seekor kura2 bisa memintas aku jika diajak berlumba lari.

Aku rasa nak describe tentang objek2 yang ada di sekeliling akulah. Di depan aku...sudah tentu la ada sebuah komputer yg dibeli sekitar akhir 2004, masa mula2 memasuki sem04 diploma seni halus di UiTM Machang (weh...this is an English speaking campus!). Di atas monitor yg agak berhabuk ni, ada seekor(?) mainan Transformers kecik je saiznya. Wataknya Bumblebee, tapi yg ini x pula diwarnakan dgn yellow, sepertimana Bumblebee yg korang kenali. (kalau korang follow citer Tranformers la!). Di atas CPU yg berada di sebelah kiri aku, ada 2 kereta kecik HotWheels (1 baru beli siang tadi..), kunci rumah, kunci motor, jam tangan (hadiah mak abah aku time konvo diploma 2 tahun lepas), beg duit sendat berisi $, majalah HAI! (bukan aku beli la, jumpa kat rumah ni) & jugak sehelai kertas= surat PTPTN yg mengarahkan aku membayar balik pinjaman...hehehe. Berdekatan dgn CPU pulak, errr ada gelas, eh bukan, cawan (yg 1 jam lepas, masih berisi Nescaffe Mild panas....)

Tapi terdapat 1 objek di dlm bilik aku nih yg sering membuatkan aku berfikir panjang; sebuah gitar Kapok merah milik seorang member, Khairul Nazmi a.k.a Pinen. Alat muzik tersebut dah pun diubahsuai...dari sedap mata memandang kepada sakit mata memandang.. (?) Maksudku, terdapat contengan2 spontan tapi jujur dari beliau yg ditulis sedikit waktu dahulu. (aku rasa dah setahun la). Salah 1 contoh ayat yg berbunyi "anak ayam anak kadok, main gitar sambil isap rokok" antara yg menonjol. X tau la, aku rasa beliau reka sendiri jer pantun tersebut, mungkin describe tentang 1 benda lazim yg dibuat oleh anak2 muda yg rock. Oh sebenarnya yg membuatkan aku terfikir panjang pabila melihat objek tu ialah memikirkan adakah tuannya ingin mengambil balik gitar tersebut setelah berbulan2 atau ingin memindah milikkan kepadaku..? Hmm..persoalan. Kalau gitar tersebut menjadi milikku, sudah tentu aku korbankannya menjadi Pop Sculpture (seperti di dlm bilik Dr.Kat; student2 Fine Art UiTM Shah Alam tentu arif kan..) kerana bukan sedap pun bunyinya kalau nak mainkan. Fizikal pun sudah cacat. So we wait & see ah....

Tapi rasanya dalam 2 bulan lagi, kebarangkalian gitar bertukar sculpture agak tinggi. Hm nasib hang la Pinen....

Aku dah kering idea pula. Xpe la tidur dulu...eh, Subuh bakal menjelang.....cancel!

gapo nok tulih????

ehmmm...nih 1st time aku menulis(@ menaip??) sebuah blog.... apa tujuanku menulis? entah la...mungkin berinspirasikan kawan2 yg aktif menulis(sekali lg...menaip?) spt sigemukygradikal & che amat1410.....sebelum ini x pnah2 pun aku berblog...mungkin ini merupakan salah satu hobi baru aku...??

rasanye mungkin kerna terlalu banyak perkara yg ingin diluahkan dari hati ini....atau mungkin jugak kerna dah x tau ape nk buat kan....boring2..

ok la oleh kerna ini merupakan 1st time, maka x perlulah aku menulis pjg2....ibarat mengorat la, xkan korang terus meluahkan "nama saya akram, dilahirkan pada 1982, awak pula?" pada seorang awek yg baru dikenali?? x perlu terburu2, mungkin patut dimulakan dgn "eh kak, duit akak jatuh tuh!" (kalau betul duit dia jatuh la.)............and then barulah aktiviti pengoratan tersebut diperkembangkan lagi spt meminta no telefon, e-mel, bla bla bla.....(entah la aku x pernah2 pun mengorat, tu contoh jer...)

ahhhhhhhh....till then, goodbye.